Jari yang berubah menjadi kerepot ketika basah nampak seperti sebentuk adaptasi agar kita boleh menggenggam lebih kuat dalam keasaan yang basah. Hipotesis tersebut disampaikan oleh Mark Changizi, ahli neurobiologi evolusioner di 2AI Labs, di Boise, Idaho, Amerika Syarikat. Hasil kajian Changizi bersama rakan sekerjanya yang telah disiarkan dalam jurnal Brain, Behavior, and Evolution itu bertentangan dengan anggapan umum bahwa jari menjadi kerepot kerana ianya menyerap air.
Menurut Changizi, kerepot pada jari yang basah berfungsi seperti alur pada ban. Kerepot ini membentuk kanal sebagai tempat mengalirnya air ketika kita menekan hujung jari pada permukaan yang basah. Inilah yang menyebabkan cengkaman jari-jari pada permukaan yang basah menjadi lebih kuat. Changizi bersama rakan sekumpulannya telah mempelajari 28 foto jari-jari yang kerepot kerana air. Melalui kajian tersebut,mereka menemukan kesamaan pola berupa kanal panjang tak bertalian yang merupakan percabangan dari titik di atas jari.
Ketika kita menekankan jari, tekanan terjadi dari hujung jari ke belakang. Berbeza dengan bahagian sisi jari tempat air dapat mengalir dengan mudah, bahagian datar pada jari mirip dataran tinggi yang merupakan tempat air bergenang. Kerepot terbentuk pada dataran ini karena, “Di situlah kanal terbentuk untuk mengalirkan air,” ucap Changizi. Beliau akan menguji hipotesis tersebut untuk melihat sendiri fakta bahawa jari seseorang yang kerepot boleh menggenggam sesuatu dengan cengkaman yang lebih kuat.
1 comment:
Bebird kita pon kecut gak..so apa sebabnya?
Post a Comment