Pages

Monday, November 21, 2011

Banjir mula landa dua daerah di Terengganu


KUALA TERENGGANU: Terengganu mula dilanda banjir berikutan hujan lebat di negeri itu sejak semalam hingga pagi ini.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara negeri Terengganu berkata sehingga pukul 11 pagi ini dua daerah iaitu Setiu dan Hulu Terengganu mula dinaiki air. 
Beliau berkata di Setiu seramai 22 orang dari tujuh keluarga di Kampung Merbau Menyusut dipindah ke pusat pemindahan pada pukul 8 pagi ini manakala kampung yang telibat di Hulu Terengganu ialah Kampung Kolam Ajil dan Kampung Telaga.

Jumlah mereka yang dipindahkan di Hulu Terengganu belum ketahui, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula berkata paras air Sungai Nerus di Kampung Langkap kini melebihi paras bahaya iaitu 22.14 meter (bahaya 21.5 meter) dan Sungai Telemong di Kampung Paya Rapat meningkat kepada paras amaran iaitu 21.2 meter (amaran 21 meter).

Keadaan cuaca di Terengganu kini gelap dengan hujan lebat di seluruh negeri. - BERNAMA

No comments: