Pages

Thursday, December 1, 2011

Hari Raya Yahudi


Yom Kippur atau hari penebusan dosa adalah hari raya Yahudi yang dianggap paling suci, di mana penganutnya memfokuskan hari itu untuk meminta ampun, berdoa dan berpuasa. Yom Kippur tahun 2011 ini bertepatan dengan tarikh 7 dan 8 Oktober.

Zionis selalu menutup pintu perlintasan secara sistematik di kawasan Tebing Barat pada hari-hari raya Yahudi.

Sebagaimana dilaporkan oleh Maan, sekatan itu merupakan sebahagian daripada sekatan akses yang lebih luas yang dilakukan oleh tentera Zionis di wilayah Tebing Barat, sejak Khamis malam hingga Sabtu tengah malam (08/10/2010).

Dengan adanya sekatan itu, hanya Muslim lelaki berusia di atas 45 tahun yang merupakan warga Israel sahaja yang dibenarkan masuk kompleks Masjid Al Aqsa di Kota Tua Al Quds. Sementara untuk wanita tidak ada sekatan.

Polis dan penjaga perbatasan Israel ditempatkan di Al Quds (Jerusalem) Timur, di mana Kota Tua berada.

Diterjemah dari fiqhislam

Dilarang hina yahudi di Belanda



HHRS 2.0 - Salah satu pantang larang di Belanda adalah, tidak boleh menulis, memberitahu atau mengucapkan sesuatu yang negatif mengenai kaum Yahudi. Untuk itu dirangka beberapa peraturan melarang antisemitisme.

Larangan terbesar di negeri Kincir Angin ini sering kali berusaha untuk dihapuskan. Tapi hasilnya masih jauh untuk berjaya.

Harry de Winter seorang produser, dan pengacara televisyen terkenal Belanda mengkritik filem Fitna buatan ahli politik Geert Wilders. Dalam muka surat utama di akhbar De Volkskrant beliau berkata, "Apabila Wilders melakukan perkara sama terhadap orang Yahudi, seperti dia lakukan terhadap muslim, maka dia dari dulu sudah ditangkap dan dihukum dengan alasan antisemitisme," dikutip RNW (11/11/2011)

Tindakan de Winter menimbulkan banyak kecaman.

De Winter sendiri orang Yahudi. Tapi bersama beberapa tokoh Belanda lain, dia mendirikan yayasan 'Een ander Joods geluid' atau suara dari orang Yahudi. Yayasan ini berperanan dalam perbincangan umum dan pendapat kritis mengenai Israel. Terutama sikap kaum Yahudi di Belanda yang membiarkan politik pendudukan Israel.

Dalam sebuah program televisyen di Belanda Harry de Winter berkata, "saya orang Yahudi, apabila saya bercakap tentang Israel, maka saya diharapkan selalu pro-Israel. Kalau tidak saya dianggap pembangkang. "

Dia tidak menyokong polisi kerajaan Tel Aviv merampas tanah rakyat Palestin. Kenyataan beliau yang terkenal ialah "Israel bukan lagi mangsa, tapi penjajah dan pembunuh."

Kerajaan Belanda selalu menjalankan polisi menyokong Israel. Contohnya: kerajaan Den Haag menolak Keahlian Palestin dalam PBB, dan juga menentang Keahlian Palestin dalam organisasi pendidikan dan kebudayaan PBB, UNESCO.

Menurut Den Haag Keahlian Palestin di PBB haruslah hasil dari perundingan dengan Israel.

Parti-parti Kristian Belanda menyokong Israel kerana merasa bersaudara dengan kaum Yahudi. Sementara parti liberal menyokong Israel kerana negara ini satu-satunya negara yang dianggap demokratik di Timur Tengah.

Bendera Palestin

Gretta Duisenberg adalah aktivis politik Belanda dan ketua Yayasan 'Stop de Bezetting' atau hentikan penjajahan. Dia adalah isteri bekas Presiden bank Sentral Eropah, Wim Duisenberg. Gretta selalu menyokong kepentingan Palestin dan jarang mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi.

Salah satu tindakan, yang paling banyak diperkatakan adalah pengibaran bendera Palestin di balkoni rumahnya di Amsterdam tahun 2002. Gretta memprotes aksi tentera Israel yang menduduki dan menembak beberapa bandar di Tebing Barat.

Berita ini menarik perhatian antarabangsa, selepas jirannya, orang Yahudi, memprotes pengibaran tersebut. Setelah beberapa minggu bendera diturunkan dari balkoni dan telah dipamerkan di pelbagai rumah di Belanda, dalam rangka kempen membela rakyat Palestin.

Tahun 2002 Gretta dan yayasannya mengumpulkan tanda tangan melalui e-mel, menentang pendudukan Israel di Palestin. Ketika ditanya seorang penyampai televisyen berapa banyak tanda tangan dia ingin kumpulkan, Gretta menjawab: enam juta.

Kata enam juta, menjadi alasan bagi dua orang peguam terkemuka Belanda mengemukakan tuntutan terhadap Gretta. Enam juta dikaitkan dengan enam juta orang Yahudi yang menjadi mangsa Holocaust. Tapi tuntutan ini ditolak hakim, kerana dianggap tidak menyebabkan kebencian terhadap orang Yahudi.

Ajax

Kelab bola sepak Ajax dianggap sebagai kelab Yahudi. Penyokong kelab-kelab lawan seperti Feyenoord dan ADO Den Haag melihat Amsterdam sebagai kota Yahudi. Mereka mulai menyanyikan semboyan-semboyan antisemitisme ketika perlawanan bola.

Yayasan Pemberantasan antisemitisme (BAN), bulan lalu mengatakan akan mengajukan tuntutan terhadap Ajax, bila kelab itu tidak menindakkan tindakan penyokong yang kerap berseru: YAHUDI, YAHUDI! Menurut BAN hal ini sememang nya tidak menyakiti hati orang Yahudi. Sorakan-sorakan justeru mencetuskan jeritan-jeritan antisemitisme dari kubu lawan.

Beberapa bulan yang lalu, Yayasan BAN memenangi proses mahkamah terhadap ADO Den Haag, yang harus mengambil tindakan penyokong yang bersorak antisemitis semasa perlawanan. Yel-yel ketika itu adalah "Hamas Hamas, Yahudi digas" dan "Kami memburu Yahudi". Hakim memutuskan ADO Den Haag segera melarang sorakan demikian.Diterjemah dari hidayahtullah

Wednesday, November 30, 2011

Beberapa Ikan Terbesar Di Dunia









Berikut ini adalah foto2 berbagai macam ikan terbesar yang pernah di tangkap di penjuru dunia,ikan-ikan penghuni sungai ini sangat besar,jadi ketika tertangakap tak cukup hanya satu orang yang mampu menangkapnya,karena ukuranya hampir atau bahkan lebih besar dari ukuran tubuh manusia.

Catat Rekod Biskut Beras Terbesar Di Dunia



Biskut beras terbesar


 TOKYO – Sekumpulan peminat snek di Jepun semalam mendakwa mereka mencatat rekod untuk biskut beras terbesar di dunia. Memiliki diameter 160 sentimeter, biskut itu jauh lebih besar daripada biskut beras biasa yang dikenali sebagai senbei. Senbei yang diperbuat daripada tepung beras, dimakan dengan meluas di Jepun. Michihiro Yamaguchi yang merupakan seorang ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia di bandar Kioroshi, timur Tokyo menganggap ia adalah detik kejayaan buat mereka. 


Pernah Gagal Cubaan Pertama Catat Rekod Biskut Beras Terbesar Di Dunia.


"Kami berjaya melakukannya. Inilah dendam yang amat manis,” katanya selepas gagal dalam percubaan untuk berada dalam buku rekod dunia pada bulan lalu selepas biskut yang dihasilkan itu kurang tiga sentimeter daripada sasaran mereka.”

Abu mayat Diproses Jadi Manik...





Abu mayat Diproses Jadi Manik


PENGASAS syarikat Bonhyang, Jae-yul menunjukkan mesin yang menukar abu mayat manusia kepada manik perhiasan. (Gambar kecil)MANIK-MANIK kristal yang terhasil selepas pembakaran abu mayat manusia. Tukar Abu Mayat Orang Tersayang Jadi Manik. INCHEON, Korea Selatan – Rakyat Korea Selatan mencuba kaedah baharu untuk memperingati orang kaum keluarga dan sanak saudara yang sudah tiada. Sekitar 500 orang telah menukar abu mayat orang tersayang mereka menjadi manik melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Bonhyang di sini, selatan bandar raya Seoul. Seorang lelaki berusia 69 tahun, Kim II-nam menggali kubur bapanya dan menyerahkan mayat bapanya untuk dibakar.


Tukar Abu Mayat Jadi Manik Dengan Harga RM2,728 


Dia membayar AS$870 (RM2,728) untuk abu mayat bapanya diproses menjadi manik-manik kristal menyerupai batu permata. “Setiap kali saya melihat manik-manik ini, saya menganggap ia adalah bapa saya dan saya akan mengingati hari-hari bahagia bersamanya,” kata II-nam. 


Manik Abu Mayat Untuk Saudara-Mara 


Pengasas Bonhyang, Bae Jae-yul berkata, manik-manik itu membolehkan orang ramai berada dekat dengan saudara-mara mereka yang telah mati. “Manik-manik kami bersih dan tidak berbau,” katanya. Menurut Jae-yul, syarikatnya menggunakan suhu yang amat tinggi untuk meleburkan abu mayat sehingga abu berkenaan bertukar menjadi kristal berbentuk manik. Proses itu memakan masa selama 90 minit.”



Kelebihan Solat Berjemaah


 

“ Sains Akui Kelebihan Solat Berjemaah. FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan apabila engkau berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu), lalu engkau hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (solat) bersamamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat beserta denganmu) sujud maka hendaklah mereka berpindah dari belakangmu (untuk menghadap musuh).(an-Nisa’: 102) 

SOLAT berjemaah sangat dituntut dalam Islam sehinggakan ia diperintahkan walaupun berada di medan pertempuran untuk berperang. Ini sebagaimana firman Allah SWT menerusi ayat di atas yang turunkan kepada Rasulullah semasa baginda ingin menghadapi peperangan dengan orang kafir. 

Mungkin ramai yang masih meragui mengapa perlunya melaksanakan solat berjemaah sedangkan ia boleh dilakukan secara bersendiri di rumah atau di lokasi kita berada tanpa bersusah payah ke masjid ataupun surau. Namun salah faham terhadap kemestian solat jemaah di surau dan masjid ini juga sebenarnya telah merumitkan untuk melaksanakan tuntutan tersebut sedangkan ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja walaupun hanya dua orang. Mengerjakan solat secara berjemaah seminggu sekali pada solat Jumaat atau solat sunat raya dianggap telah mencukupi oleh sesetengah umat Islam asakan tidak meninggalkan kewajipan dalam rukun Islam kelima itu sendiri di rumah. 

Solat Berjemaah Kurang Mendapat Sambutan Solat berjemaah sering diambil mudah dan semakin kurang mendapat sambutan. Antara sebabnya, kurangnya kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap kelebihan dan manfaat yang bakal diperoleh daripada menunaikan tuntutan Allah tersebut. Kelebihan solat berjemaah disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam sabda baginda yang bermaksud: Solat berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang berseorangan dengan kelebihan 27 darjat. (riwayat al-Bukhari) Sabda Rasulullah dalam ayat di atas menunjukkan betapa Allah melipat kali gandakan ganjaran kepada hambanya yang menunaikan solat berjemaah berbanding solat secara bersendirian walaupun ia tiada perbezaan dari segi perbuatan fizikal dan bacaan ketika solat. Kajian Sains Tentang Solat Berjemaah.

 Malah kelebihan serta manfaat solat berjemaah terbukti dari segi saintifik dan diakui oleh pakar sains fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, Prof. John Herbert selepas membuat kajian mengenai tujuan dan kelebihan solat berjemaah. Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr. Abdul Ghaffar Surip berkata, hasil kajian John Herbert mendapati sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mampu menyeimbangkan cas elektrik positif dan negatif yang terdapat dalam tubuh manusia menjadikan tubuh lebih segar dan bertenaga. “Tubuh manusia terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif. Setiap aktiviti harian kita tidak kira bekerja, beribadat atau berehat banyak menggunakan tenaga yang menyebabkan berlakunya pertukaran cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas tersebut di dalam tubuh. “Ini menyebabkan tubuh berasa letih dan tidak bermaya. 

Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita iaitu dengan cara menunaikan solat berjemaah yang merangsang proses pertukaran cas elektrik dalam tubuh kita tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian kepada Mega pada majlis penyampaian Sijil Tinggi Pengajian Sains Dakwah di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, Selangor, baru-baru ini. Seramai 27 peserta terdiri daripada Saudara Muslim mengikuti kursus tersebut yang dijalankan dua minggu sekali selama tiga bulan. Majlis penutup disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta. Dr. Abdul Ghaffar berkata, tubuh manusia mengeluarkan cas yang berlebihan dan cas itu akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan jemaah di sebelah kanan dan kiri. Begitu juga proses yang sama berlaku kepada setiap jemaah. 

Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita. Mengikut hasil kajian tersebut, proses pertukaran cas ini sangat diperlukan dalam kehidupan harian sebagaimana keperluan tidur pada setiap hari dengan sama. Menurutnya, bilangan rakaat yang berlainan dalam setiap waktu solat adalah bertepatan dengan keperluan pertukaran cas elektrik positif dan negatif tersebut. Solat subuh hanya dua rakaat kerana ia hanya memerlukan sedikit pertukaran cas dalam tubuh. 

Berlainan pula dengan solat Zuhur dan Asar yang memerlukan pertukaran cas yang banyak untuk menyeimbangkan cas dan mengembalikan tenaga dan kecergasan tubuh. “Selepas waktu Asar pula, pada kebiasaannya kita hanya beriadah atau melakukan aktiviti ringan yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga di samping perbezaan masa yang diperuntukan tidak terlalu ketara. “Oleh itu, solat berjemaah waktu Maghrib hanya sebanyak tiga rakaat mencukupi untuk menyeimbangkan cas dalam tubuh,” katanya. Walaubagaimanapun, mungkin sesetengah daripada kita keliru mengenai bilangan solat Isyak yang banyak sedangkan ia tidak jauh berbeza dengan waktu solat Maghrib. 

Dr. Ghaffar berkata, menurut kajian itu, pertukaran cas yang banyak perlu bagi menyediakan cas elektrik dalam tubuh yang benar-benar seimbang dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk bangun pada sepertiga malam bagi menunaikan solat sunat seperti yang dituntut dalam Islam. “Hasil kajian saintifik tersebut menunjukkan kepada kita betapa indah dan sempurnanya amalan agama Islam sehingga setiap kewajipan yang diperintahkan kepada kita mempunyai kelebihan dan manfaat tersendiri,” katanya. Hasil kajian John Herbert itu membuka pintu hatinya dan mendapat hidayah Allah untuk memeluk agama Islam kerana tiada amalan agama lain yang selengkap dan sempurna sebagaimana ajaran Islam.”

Cinta Muka Bulu ??? Layan...



Filem Pendek kelakar dan Pedas!!! jom layan



Saksikan video video protes berkenaan pembinaan kilang Lynas dalam versi protes yang unik. Kelakar dan pedas.

Tujuan aku letak video ini bukan untuk masuk join isu ini sekali ok. Sekadar untuk berhibur dengan filem pendek yang sedap giler... dan kelakar...


Masakan Cinta

Sebuah video pendek mengisahkan bagaimana seorang chef 'selebriti' yang cuba menunjukkan cara untuk membuang bahan radioaktif dari makanan. Lakonan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.


Orang Minyak XX

Sebuah video pendek berkenaan orang minyak yang hanya boleh dilihat oleh anak dara sahaja. Lakonan Bella Rahim, Zaidi Rock, Azman Hassan, Jerrica Lai, Hafez Fauzy, Zan Azlee, Foo Fei Ling and Wong Tuck Cheong.


Tuesday, November 29, 2011

BURUNG HANTU MEMBALAS BUDI BAIK MANUSIA, MESTI BACA!!


Satu perkara luar biasa yang berlaku di Afrika Selatan, bilamana seorang lelaki muda telah merawat seekor burung hantu yang cedera di rumahnya sehingga pulih. Setelah burung hantu itu pulih dan mula terbang, ia kembali untuk bersama bekas penjaganya sebagai membalas jasa baik pemuda itu. Kebaikan pemuda itu terbalas apabila si burung itu akan membawa balik makanan hasil buruannya, dan menjamu penghuni rumah tersebut seperti tikus, burung dan ular. Antara penghuni rumah pemuda itu termasuklah kucing, burung gagak dan termasuklah pemuda itu sendiri. Cuba anda bayangkan, seekor burung pun mampu membalas jasa baik manusia, inikan pula kita manusia berakal dan berpengetahuan!!! Anda renung2kan dan selamat beramal!


Memberi kucing makan hasil tangkapannya




Si burung hantu dan anaknya




Menghadiahkan hasil tangkapan kepada tuannya


Bersama sahabat baik si gagak hitam




si Gagak tadi menjaga anak si burung hantu...baik depa ni...scandal kot!!






Pulau 'Hantu' Hashima!!! Fakta menarik untuk anda


Pulau ini hanya berpenghuni sekitar tahun 1887 hingga 1974. Ia dibina bagi kemudahan perlombongan arang batu. Ia mempunyai 5259 orang penduduk dan telah dibina oleh Syarikat terkemuka Jepun iaitu syarikat Mitsubishi. Ia pernah menjadi bandar yang paling sesak di dunia dengan jumlah 5259 orang penduduk, dan kini ia tidak lagi berpenghuni melainkan tempat tinggal haiwan2 kecil dan beberapa orang pengunjung.

Pulau ini ditutup dan ditinggalkan oleh Syarikat Mitsubishi kerana ia terjejas teruk berikutan peningkatan mendadak penggunaan Petroleum berbanding penggunaan Arang Batu pada tahun 1974.

Pada Tahun 2003, Pulau ini dijadikan tempat penggambaran filem Battle Royale II : requiem yang mana telah menjadi kegilaan oleh para 'Gamer' dunia iaitu Killer7. Selain itu, tempat ini juga dijadikan latar belakang permainan video Forbidden Siren 2 yang mana terdapat sedikit pengubahan dari segi nama dan rekbentuk tempat.




Pulau kecil yang Padat dengan penghuni kini sepi!!


Era kegemilangan Pulau Hashima