Pages

Wednesday, January 11, 2012

Penyamaran yang Menarik...sapa berani??


Jom cari dimana lelaki ini bersembunyi.. :-)












Motosikal Penunda...


Pernahkah anda melihat Motosikal tunda..? Jika belum jom sama-sama tengok.. Bagi "Mengarut" motosikal tunda ini mempunyai  kelebihan tersendiri.Contohnya jika sesebuah kereta rosak di suatu tempat sibuk,Jadi motosikal nie boleh menggunakan kelebihannya mencelah di antara kereta untuk ke tempat yang dituju.





Tengok video nie..

Monday, January 9, 2012

KEJADIAN TSUNAMI KOTA KUALA MUDA 2004 KIAN DILUPAKAN


Selepas tujuh tahun, bencana tsunami yang melanda rantau ini sehari selepas sambutan Krismas pada 2004 dan mengorbankan ratusan ribu nyawa termasuk hampir 70 di negara ini, kian dilupakan.Di Kota Kuala Muda di sini, 12 nyawa terkorban akibat ombak gadang yang tercetus susulan gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter di Banda Aceh, Indonesia itu.

Namun, selain pembinaan tugu peringatan serta tinggalan rangka beberapa rumah yang musnah akibat bencana itu, tidak ada sebarang acara diadakan terutama oleh pihak berkuasa bagi mengenang tragedi tersebut.

Gambar Tsunami Kuala Muda 2004 KEJADIAN TSUNAMI KOTA KUALA MUDA 2004 KIAN DILUPAKAN
“Kami di sini hanya buat majlis bacaan Yassin dan tahlil bagi memperingati mangsa tragedi,” kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Taman Permatang Katong, Muhammad Hussain, ketika ditemui pemberita.



Beliau berkata, sebaiknya satu sambutan khas diadakan pihak berkuasa pada ulang tahun kejadian itu sebagai ingatan kepada masyarakat.
Taman Permatang Katong dibina kerajaan pada 2006 bagi menempatkan lebih 100 keluarga dari Kampung Kepala Jalan, Kampung Masjid dan Kampung Keda di pesisir pantai Kota Kuala Muda yang musnah akibat tragedi tersebut.
Mengenang kembali kejadian, Muhammad, 45, berkata pada hari tersebut terdapat tiga kenduri masing-masing di Kampung Kepala Jalan, Kampung Masjid dan Kampung Keda.
“Boleh dikatakan pada hari itu hampir semua penduduk yang rata-rata bekerja sebagai nelayan tidak turun ke laut bagi menghadiri kenduri dan saya sendiri menjadi tukang masak bagi kenduri Kampung Kepala Jalan,” katanya yang mengusahakan bengkel besi.
Katanya, selesai memasak, beliau pulang ke rumah untuk menjaga pasangan anak lelaki kembarnya yang berusia setahun bagi membolehkan isterinya menghadiri kenduri.
“Kira-kira 1.45 tengah hari isteri saya balik ke rumah dan pada masa itu ombak besar melanda, menyebabkan saya menggendong kedua-dua anak dan lari menyelamatkan diri bersama isteri,” katanya.
Beliau berkata, rumah dan bengkel besinya yang terletak di seberang jalan kira-kira 100 meter dari pantai musnah dalam kejadian itu.
Muhammad berkata, apabila air mula surut, beliau kembali ke rumah yang mengadakan kenduri itu dan cuba membantu mangsa termasuk mengangkat dua mayat wanita yang terkorban dalam kejadian.
Sementara iyu, abang Muhammad, Idris yang juga Ketua Kampung Kepala Jalan, berkata beliau mengalami trauma selama berbulan-bulan selepas tragedi itu.
“Dengar deruan ombak…malah bunyi kenderaan pun saya rasa takut,” katanya yang masih meneruskan pekerjaan sebagai nelayan pantai.
Idris berkata, semasa kejadian, beliau menemani kira-kira 15 anggota keluarganya yang datang bercuti untuk berkelah di tepi pantai Kota Kuala Muda.
“Kami bawa makanan, tikar dan keperluan lain. Masa hendak hidang makanan saya lihat air sungai kering, air laut juga surut dengan banyak dari biasa. Masa tu kira-kira pukul 1 tengah hari saya lihat ombak putih panjang,” katanya.
Beliau berkata, tidak lama kemudian pantai dilimpahi air yang pantas menenggelami kawasan sekitar, menyebabkan mereka semua lari menyelamatkan diri ke tingkat dua rumahnya.
“Semua barang-barang di tingkat bawah musnah namun saya bersyukur kami selamat kerana air kira-kira 1.5 meter tinggi tidak sampai ke tingkat atas,” kata Idris yang kesal kerana tragedi itu semakin dilupakan, terutama golongan muda di kampung tersebut. – BERNAMA
Ikuti video youtube kenangan Kota Kuala Muda,Kedah selepas sehari kejadian Tsunami 2004


Made In China


BEIJING 29 Dis. – Rekaan yang tidak tepat dan pengurusan lemah menjadi punca nahas kereta api laju yang mengorbankan 40 penumpang Julai lalu, menurut laporan siasatan nahas yang disiarkan hari ini.Dalam satu kenyataan Kabinet berkata, bekas menteri perkhidmatan kereta api antara 54 pegawai yang dipertanggungjawabkan dalam kejadian tersebut.Nahas itu membangkitkan tanda-tanya di kalangan awam dan mendesak siasatan dijalankan berhubung tahap keselamatan sistem pengangkutan China dan juga kosnya yang tinggi. – AGENSI


Nahas kereta api china GAMBAR KEMALANGAN KERETA API LAJU DI CHINA 2011
Nahas kereta api china 2 GAMBAR KEMALANGAN KERETA API LAJU DI CHINA 2011
Nahas kereta api china 1 GAMBAR KEMALANGAN KERETA API LAJU DI CHINA 2011


CAHAYA LAMPU BANDAR PORTUGAL DAN SEPANYOL DILIHAT DARI ANGKASA LEPAS


Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan imej cahaya lampu di bandar-bandar di Portugal dan Sepanyol yang dirakamkan dari angkasa lepas.Seorang angkasawan merakamkan gambar itu dari Stesen Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) baru-baru ini.

Gambar di’bawah menunjukkan kawasan yang dilimpahi cahaya lampu di bandar-bandar di Portugal dan Sepanyol. – AFP

Cahaya Lampu Portugal CAHAYA LAMPU BANDAR PORTUGAL DAN SEPANYOL DILIHAT DARI ANGKASA LEPAS
Gambar yang menunjukkan limpahan cahaya lampu di Portugal (kiri) dan Sepanyol (kanan) yang dirakamkan dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa .

GAMBAR DUIT SYILING BARU MALAYSIA 2012



TERBARU Pengeluaran Duit Syiling Peringatan untuk Siri Ketiga Duit Syiling Baharu Malaysia

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
duit+syiling+baru GAMBAR DUIT SYILING BARU MALAYSIA 2012
Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.
Info lebih jelas berkaitan pengeluaran syiling baru ini sila layari laman sesawang Bank negara Malaysia Klik Sini