Pages

Sunday, November 20, 2011

Alamak... Toyol!


Review: Alamak... Toyol!

Ok, at first point aku akui Alamak.. Toyol! memang ada mesej yang cukup bernilai. Aku akui kisah toyol dalam filem ini even mengarut dan luar biasa mengarutnya masih lagi boleh dipakai ketoyolannya. Alamak… Toyol! Pada aku ada kemengarutan yang masih memberi nasihat dan pada masa yang sama memberi peluang untuk penonton bermain dengan emosi juga jenaka. Pada aku, Ismail Bob Hasim sudah mampu untuk menandingi Ahmad Idham yang dahulunya selalu saja menerbitkan filem bawah David Teo.

Hmm… Alamak.. Toyol! nampaknya memang bermesej even mesejnya simple dan mudah difahami, keakraban dalam persahabatan. Tetapi penekanan terhadap mesej itu rasanya bagus sebagai back-up kalau kalau filem ini dilabel sebagai filem bodoh ataupun tahyul tahap gaban. Aku suka aspek itu. Tetapi…

Tetapi, aku rasakan entah ada yang kurang tentang plotnya. Entah kenapa aku rasa plotnya entah apa apa dan kurang menyengat. Aku rasakan bahawa idea filem ini nampaknya terbelah belah dan berterabur dalam usaha filem ini bergerak mencari finale. Aku terkejut dengan olahan filem ini yang pada awalnya bermula dengan bijak (walaupun hantu minta handphone tu mengarut tetapi masih boleh diterima) dan berakhir dengan ‘terlalu bijak’.


Mana taknya, dengan tiga plot yang mendukung pergerakan cerita ini, cerita ini akhirnya berakhir dengan satu subplot yang dibina hanya pada minit ke 60 filem ini. Apa kejadah semua ni sedangkan kita sebenarnya melihat kepada lawak dan kehidupan Along dan Angah, macam mana pula kisah penyeludup dadah boleh interfere dan menjadi finale yang utama filem ini? Maaf tetapi aku tak boleh terima finale yang mengejut macam ni.

Dari satu sudut lagi, mungkin filem ini sebenarnya memang memberikan kita tiga subplot yang diakhirkan dalam satu finale. Tetapi entah, jika hendak membina tiga cereka, pada aku cerita pendek penyeludup dadah tulah yang paling tak relevan. Yes it is a comedy but tak ada kaitan langsung kot dengan toyol. One point, apa kesnya tetiba si Farah, yang tak dikenali boleh jadi geng bersatu dengan Along dengan Angah? Itupun selepas sejam filem ini berlalu. Idea macam kering je nih. Main letak plot suka hati. Aduhai!

Malah, apa yang aku lihat dalam filem ini, watak antagonis nampaknya kurang menyerlah dan macam main main saja. Aku nampak ada sesuatu yang janggal apabila keseriusan dalam plot kisah penyeludup dadah nampak main main. In other word, tiga plot dalam filem ini tak diseimbangkan dengan baik.

Aku suka bagaimana idea komedi yang dibina dalam dua plot filem ini. Seriusly plot penyeludup dadah tu nampaknya menyempitkan filem ini yang hanya bedurasi 1jam 20 minit. Sampai cerita Farah semasa Farah dijaga Along dan Angah pun bermula dengan ‘begitulah ceritanya…’. Aku pun hairan, macamna si Farah boleh pula terjebak dengan kisah toyol ni sebab pada awalnya Farah tu memang watak asing dan tidak ada connection langsung dengan Along dan Angah.


Pada aku, aku rasakan dialog filem ini baik dan cukup komedi. Serius menyukai Yang Kasim punya karakter sebagai bomoh toyol.

Aku akui filem ini taklah sehebat mana. Walaupun idea menkomedikan toyol itu satu idea yang bijak, aku rasa penulis penulis skrip filem ini mesti sudah buntu untuk membina plot yang lebih senang dan ringkas. Akhirnya, final result di pawagam hanyalah menunjukkan komedi Along dan Angah berbanding plot. Aku mahu storyline, bukannya adegan komedi saja.

Along dan Angah Raja Lawak aku akui ada chemistry. Banyak juga adegan buka baju dalam filem ini tapi tak mengapalah, lelaki kan. Kah3. Adeline Tsen entahla. Macam tak ada pape je dalam filem ni. Tak menyerlah langsung. Wataknya kurang pengembangan dan tak jelas. Tetiba saja menjadi tumpuan di setengah jam terakhir filem.

Tyzo pun aku tak tahulah, macam tak ada apa apa je karakter dia ni. Setakat karakternya diakhiri dengan dimakan toyol belaan, aku rasa ada cara yang lebih baik kot karakter si Daniel ni boleh dipersembahkan.

 
A salutation lah kepada Muhammad Afiq Izuddin yang banyak memberikan adegan separuh bogelnya dalam karakter hijau bercawat putih tu. Even kadangkala aku rasa geli dengan karakter mu dik, aku rasa kecomelan mu mesti digilai wanita. Kah3. Apapun, karakter ko sebagai toyol lawak memang menjadi lah! Good job.

Kesimpulannya, ‘Panjang ceritanya, kalau nak cerita 5 taun pun x habis’. Mungkin cerita Alamak… Toyol! ni panjang lagi ceritanya. Ha3. Alamak… Toyol! menarik dan bermesej. Tetapi pada aku mesejnya aku nampak tetapi plotnya aku kurang gemari. Terlalu kucar kacir dan tidak diberikan ending yang cukup baik. Apapun, aku sukalah kelucuan Along dan Angah. Adegan bogel Adeline Tsen pun tak kurang hebatnya, walaupun ada blur blur macam filem soft porno. Kah3.

2.5/5

No comments: