Pages

Wednesday, December 7, 2011

Apple China...Ciplak & Rompak


China sememangnya peniru yang optimis

Kedai menjual Epal palsu dikesan di China? adakah ianya sesuatu yang menghairankan kita semua?
Ini berlaku di Beijing dimana sekurang-kurangnya 5 kedai menjual Apple palsu dikesan disana. Menurut sumber yang sohih, kedai tersebut telah meniru bulat-bulat dan segilapan akan kedaiApple yang sebenar sehingga rekaan tangga yang berpusing dan berpintal-pintal pun ditiru oleh mereka serta kakitangan memakai baju-T berwarna biru. Apedehal dengan rakyat China ini? kurang kreatif dan bijakkah mereka sehingga kekeringan idea untuk mencipta produk sendiri?

Perkara ini tersebar dan sampai ke pengetahuan kerajaan tempatan China setelah seorang wargaAmerika yang menetap di Kunming di wilayah Yunan menulis entri diblognya mengenai perkara ini minggu lalu. Menurutnya, dia terserempak dengan tiga kedai yang menyamar sebagai kedaiApple sah dibandar itu namun akhirnya terkantoi dengannya. Dia kemudiannya mengambil gambar kedai tersebut lalu menjadikannya sebagai bahan untuk entri blog.


Sejurus selepas entri tersebut dipublish dan dibaca oleh tatapan ramai, Biro Perdagangan dan Industri Kunming telah menge'check' 300 buah kedai yang menjual peralatan elektonik dimana hanya lima kedai Apple palsu dikesan. Ini lah yang dikatakan selepas terhantuk baru nak terngadah dan mengadah-ngadah, well done Biro Perdagangan dan Industri Kunming, kamu baru sahaja menunjukkan contoh yang 'baik' sebagai sebuah kerajaan yang 'sejati'. Ada report baru buat, tak ada report nak buat apa menyusahkan diri. Bijak! memang bijak.

No comments: