HHRS 2.0 - Salah satu pantang larang di Belanda adalah, tidak boleh menulis, memberitahu atau mengucapkan sesuatu yang negatif mengenai kaum Yahudi. Untuk itu dirangka beberapa peraturan melarang antisemitisme.
Larangan terbesar di negeri Kincir Angin ini sering kali berusaha untuk dihapuskan. Tapi hasilnya masih jauh untuk berjaya.
Harry de Winter seorang produser, dan pengacara televisyen terkenal Belanda mengkritik filem Fitna buatan ahli politik Geert Wilders. Dalam muka surat utama di akhbar De Volkskrant beliau berkata, "Apabila Wilders melakukan perkara sama terhadap orang Yahudi, seperti dia lakukan terhadap muslim, maka dia dari dulu sudah ditangkap dan dihukum dengan alasan antisemitisme," dikutip RNW (11/11/2011)
Tindakan de Winter menimbulkan banyak kecaman.
De Winter sendiri orang Yahudi. Tapi bersama beberapa tokoh Belanda lain, dia mendirikan yayasan 'Een ander Joods geluid' atau suara dari orang Yahudi. Yayasan ini berperanan dalam perbincangan umum dan pendapat kritis mengenai Israel. Terutama sikap kaum Yahudi di Belanda yang membiarkan politik pendudukan Israel.
Dalam sebuah program televisyen di Belanda Harry de Winter berkata, "saya orang Yahudi, apabila saya bercakap tentang Israel, maka saya diharapkan selalu pro-Israel. Kalau tidak saya dianggap pembangkang. "
Dia tidak menyokong polisi kerajaan Tel Aviv merampas tanah rakyat Palestin. Kenyataan beliau yang terkenal ialah "Israel bukan lagi mangsa, tapi penjajah dan pembunuh."
Kerajaan Belanda selalu menjalankan polisi menyokong Israel. Contohnya: kerajaan Den Haag menolak Keahlian Palestin dalam PBB, dan juga menentang Keahlian Palestin dalam organisasi pendidikan dan kebudayaan PBB, UNESCO.
Menurut Den Haag Keahlian Palestin di PBB haruslah hasil dari perundingan dengan Israel.
Parti-parti Kristian Belanda menyokong Israel kerana merasa bersaudara dengan kaum Yahudi. Sementara parti liberal menyokong Israel kerana negara ini satu-satunya negara yang dianggap demokratik di Timur Tengah.
Bendera Palestin
Gretta Duisenberg adalah aktivis politik Belanda dan ketua Yayasan 'Stop de Bezetting' atau hentikan penjajahan. Dia adalah isteri bekas Presiden bank Sentral Eropah, Wim Duisenberg. Gretta selalu menyokong kepentingan Palestin dan jarang mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi.
Salah satu tindakan, yang paling banyak diperkatakan adalah pengibaran bendera Palestin di balkoni rumahnya di Amsterdam tahun 2002. Gretta memprotes aksi tentera Israel yang menduduki dan menembak beberapa bandar di Tebing Barat.
Berita ini menarik perhatian antarabangsa, selepas jirannya, orang Yahudi, memprotes pengibaran tersebut. Setelah beberapa minggu bendera diturunkan dari balkoni dan telah dipamerkan di pelbagai rumah di Belanda, dalam rangka kempen membela rakyat Palestin.
Tahun 2002 Gretta dan yayasannya mengumpulkan tanda tangan melalui e-mel, menentang pendudukan Israel di Palestin. Ketika ditanya seorang penyampai televisyen berapa banyak tanda tangan dia ingin kumpulkan, Gretta menjawab: enam juta.
Kata enam juta, menjadi alasan bagi dua orang peguam terkemuka Belanda mengemukakan tuntutan terhadap Gretta. Enam juta dikaitkan dengan enam juta orang Yahudi yang menjadi mangsa Holocaust. Tapi tuntutan ini ditolak hakim, kerana dianggap tidak menyebabkan kebencian terhadap orang Yahudi.
Ajax
Kelab bola sepak Ajax dianggap sebagai kelab Yahudi. Penyokong kelab-kelab lawan seperti Feyenoord dan ADO Den Haag melihat Amsterdam sebagai kota Yahudi. Mereka mulai menyanyikan semboyan-semboyan antisemitisme ketika perlawanan bola.
Yayasan Pemberantasan antisemitisme (BAN), bulan lalu mengatakan akan mengajukan tuntutan terhadap Ajax, bila kelab itu tidak menindakkan tindakan penyokong yang kerap berseru: YAHUDI, YAHUDI! Menurut BAN hal ini sememang nya tidak menyakiti hati orang Yahudi. Sorakan-sorakan justeru mencetuskan jeritan-jeritan antisemitisme dari kubu lawan.
Beberapa bulan yang lalu, Yayasan BAN memenangi proses mahkamah terhadap ADO Den Haag, yang harus mengambil tindakan penyokong yang bersorak antisemitis semasa perlawanan. Yel-yel ketika itu adalah "Hamas Hamas, Yahudi digas" dan "Kami memburu Yahudi". Hakim memutuskan ADO Den Haag segera melarang sorakan demikian.Diterjemah dari hidayahtullah
No comments:
Post a Comment