Seorang anggota polis yang telah bersara mendarat ikan halibut atau kat Malaysia digelar Ikan Sebelah yang amat besar yang berat mencecah 540 paun berjaya memecahkan satu rekod dunia. Reinhard Wuhrmann, 62,berhempas pulas dengan raksasa selama tiga jam sebelum dia dan tiga rakan sekerja nelayan akhirnya berjaya memasukkan ia kedalam jaring.
Ikan Sebelah itu begitu besar menyebabkan joran Reinhard patah dua. Mereka hanya dapat menariknya ke atas bot mereka selepas mengikat tali di sekeliling badan ikan tersebut . Dengan panjang 8kaki 3in halibut Atlantik ini berjaya memecahkan rekod dunia berbanding rekod sebelum sebelum ini seberat 58 paun sahaja.
Aksi Reinhard bekerja keras menawan raksasa dengan jorannya
Reinhard bergambar dengan 'mangsanya' si Ikan Sebelah @ Halibut Atlantik
Tak cukup panjang la pita pengukur tu, panjang betoi ikan ni!! X sabaq nak pi mancing dah ni!!
No comments:
Post a Comment