Pages

Friday, December 23, 2011

Pepatah Melayu Moden...


Salam semua… Ingat manusia sahaja yang boleh berubah mengikut peredaran masa… Pepatah pun boleh juga diberi penambahbaikan dari masa ke semasa… Ini kerana terdapat beberapa pepatah lama yang sudah tidak sesuai untuk digunakan… Jadi marilah sasterawan-sasterawan negara bersama-sama menggubahnya…
Untuk entry kali ini, Blur ada menyediakan beberapa pepatah yang telah diubah…
  1.  Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kapal terbang tak ada gear undur…
  2. Bersatu kita teguh bercerai kita kahwin lain…
  3. Sudalah jatuh, ditimpa pula tngga, lepas itu tercium pula tahi ayam…
  4. Alang-alang mandi biar pakai sabun dan syampu…
  5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meniggalkan hutang…
  6. Biar putih tulang, jangan kuning gigi…
  7. Malang tak berbau tapi kentut berbau walaupun tak berbunyi…
  8. Biar mati bini jangan mati anak…
  9. Biar korek hidung jangan korek tabung…
  10. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi kalau tak sudi boleh blah…
  11. Harapkan pagar, pagar tak boleh harap…
  12. Biar lambat asalkan perlahan…
  13. Kalau tiada rotan pelempang pun boleh…

No comments: