Ini bagi gua agak kelakar dan lucu pun ada. Selama ini gua ingat isu curang mencurangi ni tidak pernah timbul mahupun ujud didalam kamus dewan manusia dibarat. Tapi ternyata sangkaan gua hanyalah sia-sia dan tahyul semata-mata. Rupa-rupanya isu seperti ini ujud dikalangan mereka.
Ini berlaku di New Jersey, tempat kelahiran Ali Larter, Queen Latifah dan juga Tim Howard dimana seorang wanita telah mendapat kebenaran dari pihak Mahkamah New Jersey untuk menggunakan serta memanfaatkan teknologi Global Positioning System atau dalam bahasa ibunda kita Sistem Penentududukan Sejagat untuk menjejaki jejak suaminya, Kenneth Villanova, yang curang lagi berskandal.
Ya! selain Osama, Kenneth turut dijejaki bukan oleh pihak berkuasa akan tetapi oleh isterinya sendiri kerana isterinya mengesyaki Kenneth berlaku curang dibelakang, tepi, atas dan bawahnya. Alat tersebut dipasang pada kenderaan Kenneth sendiri supaya senang untuk menjejaki beliau. Akhirnya, setelah dua minggu GPS tersebut dipasang, Kenneth kantoi dan yang lawaknya dia bersama seorang wanita lain dijumpai didalam kereta tersebut di tepi lebuhraya. Note toKenneth, jangan bersenggama didalam kereta lain kali.
mana ni?? haha.. *gambar sekadar hiasan* |
No comments:
Post a Comment